thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Sunday, December 11, 2011

End of the year.

Assalamualaikum,
Shoot at Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tak tahu nak luahkan macam mana perasaan ni, kalau boleh nak jerit it's really AWESOMEEEEEEEE ! Mula dari Kg. Melaka Bt9 terus ke Port Dickson, Negeri Sembilan and next destination, Melaka. See nampak tak kaitan antara tempat-tempat tu. Serius baru perasan. Mula-mula ekspresi masing-masing macam ah tak seronok lah. Dah start game baru nampak belang perangai tak senonoh semua. Konvoi naik kereta ramai-ramai dengan pakaian seragam memang tak lepas pandang dari pandangan orang sekeliling. Betul-betul teruja. Kitorang gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Pergi pasar malam Teluk Kemang memang luas. Tak cukup langkah nak jalan sana. Sanggup abai masa tidur nak pergi memancing dekat laut tengah-tengah malam. Kira bertuah semalam gerhana bulan. Lagi seronok sambil dengar bunyi ombak duduk atas batu pandang langit tengok bulan terang. Lepas tu dapat on the phone dengan orang tersayang, lagi semangat. Hahaha !
Pagi hari, lepas makan semua turun dekat tepi laut. Dari kecil ke besar, muda ke tua semua ada. Well apa lagi berendam lah kan. Teruja sangat tengok orang naik banana boat. Sumpah seronok gila gila ! Taknak lepas peluang, nak naik juga. Memang hebat naik dengan abang sedara yang gila, anak sedara yang comel. Bawa sampai tengah laut dan diterbalikkan. Ini memang gila. Kenyang minum air masin -,- Sampai tiga kali abang sedara semua request nak diterbalikkan. Last jatuh depan family kitorang semua yang menunggu. Apa lagi nice shoot lah dengan tepukan yang gemuruh :D Nak lagi ! Habis semua aktiviti dekat laut, kitorang check out pukul 12 and lunch. Lepas tu straight pergi Melaka.
Shoot at Melaka Bandar Bersejarah.

Dekat Melaka puas pusing dalam kampung sampai ke bandar. Memang menyeronokkan duduk dalam kereta lama-lama -,- Boleh dikatakan setiap Petronas yang ada kitorang semua berhenti. Tak cukup tu, nampak kedai tepi jalan mesti beli itu ini. Jalan tak payah cakap, jammed ! So tak dapat nak pergi mana sangat. Puas pusing-pusing kitorang singgah dekat expo satu daerah satu industri dekat menara apa entah. Tak sure, haha. Tak percaya tadi ada masuk TV3 :D Borong lagi lagi dan lagi. Sampai ke petang, tunggu semua berkumpul lepas tu kitorang berpisah balik rumah masing-masing. Memang sangat penat. Sampai rumah pun dah menggigil lutut. Seriously, family day Haji Ludin 2011 memang hebat. Next year Insyaallah kita semua berkumpul lagi :)

Akhirnya, MATA AKU RABAK !

Note: 
Cerita banyak sebenarnya tapi nak luah tak tahu. 
Yang penting masa tu semua amat bermakna.


No comments: