thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Monday, May 28, 2012

Somebody that I used to know.

"Malam bulan tanpa bintang beribu sepi tak berteman" perasaan gua malam-malam.

Assalammualaikum, hmm selamat tengah hari. Bloggerians semua sihat? Alhamdulillah. Hari ni sedikit bosan. Kiraan kasar, baru dua hari gua menetap dekat rumahku syurgaku. Tapi seperti tiada tujuan. Barangkali sudah terbiasa hidup dengan kawan-kawan. Nevermind lah, setiap permulaan bila nak berpisah pasti ada rasa begitu. Semalam waktu jalan-jalan dengan schoolmates, terperasan si bekas. Oh masih ada lagi. Haih ingatkan gua je yang perasan rupanya yang lain juga. Mulalah cakap-cakap. Ah perkara lama buat apa dikenang. Memang dalam kehidupan ada kenangan yang harus dikenang. Tapi bila sebut si bekas yang banyak merobek hati, rasanya tak perlu. Pertikaikan. Dan gua tak tersentap pun bila nampak si bekas semalam. Normal feeling. Thank God. Mungkin sebab hati gua ada orang pegang sekarang. Kalau tidak, berlagu pilu juga. Terima kasih lah buat brader sayang yang sudi pegang hati gua ni. Tak lain tak bukan Muhammad Nur Faizudin. Gua bahagia. Tapi disebabkan lu dekat Kedah sekarang, gua rasa rindu setengah hidup. Dan gua pun tak tahu macam mana nak imagine perasaan tu. Bukan setakat imagine, kalau suruh lukis pun mungkin nama lu je yang terukir. Tiada gambaran. Lu tak reti balik ke brader? Aha gua gurau. Lu duduk lama pun tak apa. Asalkan hati lu masih ada nama gua, gua yakin. Tapi nanti jangan ada orang menangis teresak dalam phone ingat jelingan manja gua dah lah. Ehee gua sedang perli lu. Muka lu mesti cembeng masa tu sambil kesat air mata. Funny lah, tak kental langsung hati tu. Apakan daya, hati gua cair sebab perangai lu. Masih berbaki 31 hari. Lu okay kan? Kalau hati gua kuat, lu pun mesti turut serta. Hapuskan anasir jahat yang berlegar diruang minda lu. Gua pasti, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Disini gua nak cakap, gua amat mencintai lu. Mungkin ada orang akan kata, ah cinta remaja ibarat cinta monyet takkan bertahan. Tapi, kalau niat hati ikhlas apa pun tak akan mustahil. Percaya pada jodoh, sudah lah. Tidak ada benda pun yang boleh mempertikaikannya. Satu je, gua cakap dengan nada lembutnya dengan lu jangan mudah prasangka. Bukan apa, hanya peringatan. Dan gua harap lu bangun dengan segera. Gua boleh gila tunggu mesej lu. Sekian.

No comments: