thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Monday, June 4, 2012

FR lagi.

Assalammualaikum, macam biasa tempel gambar dulu. Hikhikhik.
*Bajet.jpg*
Eh ada twitterian named Yasmin Hunwick telah kembali ke ramatullah. Inalillah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah. Title macam bajet kan? Gambar pun kan? Semua lah bajet. Sekarang tengah dengar lagu Jerrypah guna speaker. Nak datangkan mood gembira sweet sweet. Lagu tu pun agogogo lah *goyang kepala kiri kanan kiri kanan* Hari ni nak cerita pasal favourite things, benda-benda comel. 

#Cupcakes- Siapa tak suka cupcakes kan? Memang lah ada yang tak suka tapi jarang kot. Terutama kaum wanita. Eh wanita macam berusia je. Okay gegirls, remaja perempuan. Lagi-lagi remaja perempuan macam aku. Aku pantang ni lalu depan kedai bakery. Rasa nak pecah cermin yang pamerkan kek-kek atau cupcakes  takpun pandang macam nak tembus. Kadang-kadang tengah badmood atau sedih, usung je aku pergi kedai kek. Biar aku leka tengok, confirm lepas tu aku rasa hmm sejuk hati. Aneh bukan? Ini lah rahsia. Take note Joe. Haha! Tapi lagi mujarab kalau beli satu. Peace (Y)

#Bunga- Ini normal! Semua perempuan pun suka bunga. Bunga apa tu bergantung pada selera masing-masing. Tapi dah tentu lah bunga tahi ayam dalam carta paling bawah sekali. Takpun tak ada dalam list, black list lah senang cerita! Perempuan macam aku lagi suka bunga rose. Rose merah pekat. Aduhai cair hati gua dapat sejambak. Sejambak? emm mahal. Sekumtum pun jadi lah, senyum tak lekang. Kalau waktu malam dingin, tiba-tiba bf hulur bunga rose sambil jalan-jalan. Pernah tak? Ini pengalaman aku lah. Hihihi. Aku simpan sampai kering dan sehingga sekarang masih ada lagi. Hmm :')

#Aiskrim- Tak ada lah selalu je nak makan. Bukan budak-budak lagi. Cuma kadang-kadang teringin sebab mood anak-anak kecil menyinggah. Imagine lah kan, bf kau orang atau sesiapa pun lah belikan bila kau orang cakap "hmm rasa nak makan aiskrim" Lepas tu tetiba dia bawak kau orang pergi beli aiskrim. Aiskrim bukan calang-calang pula tu. Tak ke kau orang rasa terawang-awangan dengan aiskrim tu. Eh cuba list siapa yang pernah belanja kau orang aiskrim dan apa hubungan kau orang dengan dia? Tett simpan dalam kepala.

#Bear- Lagi lah perkara paling umum. Semua perempuan ada bear kesayangan. Lelaki pun rasanya, eh hehehe. Jadi kesayangan bila orang yang kita sayang bagi. Kalau orang lain nak pegang tu ah tak boleh! Eh kau jangan usik! Rasa nak tumbuk lah siapa yang berani sentuh tu kan. Tapi aku tak lah macam tu. Aku bagi je pegang tapi nak peluk lupakan. Dekat hostel dulu bear tiga serangkai aku duduk atas katil yang aku tidur bawah. See how much I really appreciate them. Haha! 

#Payung- Hoi payung pun jadi benda comel? Haha tak ni dalam list aku je lah. Payung cinta daku. Ada warna pink dengan biru. Jangan nak aneh sangat. Setiap orang berbeza citarasa. Payung-payung aku tu dah melindungi aku dan joe dari basah. That's why payung masuk dalam list. 

#Rantai FR- Ni jumpa masa dekat KLVF. Corak dia bendera apa entah. Tapi dalam ada terukir huruf FR. Tu rasa sayang sangat. Macam unik dan rasa bangga sebab ada huruf tu. Lepas ni memang rantai tu je yang melekat dengan aku. Rantai lain main jauh-jauh. Kalau hilang, menangis tak berlaguuuu T___T

Semua yang tersenarai dekat atas aku pernah lalui dan memilikinya. 
Cerita benar Fatin Roslan. All the thing masih baik kondisinya. 
Terima kasih awak yang memberi. 
Bye bloggerians :*



No comments: