thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Sunday, June 17, 2012

Outing.

Assalamualaikum, salam Isra' Mikraj bagi semua umat islam :)
Seperti yang dirancangkan pada ahad 10 haribulan yang lalu nak keluar dengan anak-anak saudara termakbul juga. Alhamdulillah. Walaupun bangun pagi tu resah gelisah sebab cuaca agak mendung. Lepas tu hujan renyai-renyai. Tapi hembus nafas lega sebab cuaca baik-baik hari ni. Tak panas sangat. Syukur :) Rancang nak keluar pukul 11 macam tu. Tunggu Noni datang rumah lepas tu gerak sama-sama. Noni cakap dia dengan abanglang which is her father sesat masa ontheway nak pergi rumah aku. Ya Allah how come aa --' Padahal dah selalu pergi Kg. Melaka tu. Hehe mamai agaknya. So Noni a little bit late. It's okay. Lagipun si adik aku ni mengamuk tak tentu pasal. Elok-elok tengah siap, tukar baju sana, cari benda lah, hilang barang. Haih aku ni sabar je lah. Lepas Noni sampai, we were get ready nak jalan pergi bustop. Baru jejak kaki dekat bustop, Irfan dah call. Bukan main lagi cakap dah sampai. Koliangnya budak ni! Rupa-rupanya dia dengan Irdina baru sampai dekat train ampang. Menipu lebih! Yang kami orang ni tunggu bas tak kunjung tiba. Bila bas datang penuh dengan warga asing pula. Felt like we were at oversea. Bukan London, bukan Paris tapi macam dekat Bangladesh or Indonesia. Ops agak sensitif isu ini. Abaikan. Moral dia, bersabar je lah berhimpit-himpit di dalam bas itu. Erk -.- Irfan dengan Irdina nak tunggu dekat Maluri. Alahai sebenarnya dorang boleh terus pergi hang tuah tunggu dekat sana. Saja lah tu, tak sabar jumpa makteh ni. Hihihi! Sampai dekat stesen Maluri tu check phone ada miscall dengan text dari Irfan. Amboi marah benor. Haha! Ada text dia cakap cenggini "silent lah phone tu lagi. Orang mesej tak reply" HAHAHA! Tak ada lah, cuba imagine dalam bas tengah ramai orang macam mana nak jawab call semua. Uncomfortable kan? Sampai dekat Maluri je Irfan tengah peluk tubuh. Wuwuwuw handsome lah tu :D Kami orang hanya mampu ketawa. Tunggu train pun alahai, macam tunggu dekat jalan raya. Jammed barangkali. Dalam train pun Irfan banyak buat lawak kurang pandai dia. Berlagak dengan muscle dia tu. Annoying tahu tak? Lepas tu konon-konon tak jatuh kalau tak pegang penahan dalam train tu. Sekali masa tengah jalan-jalan nak masuk dalam TS tu, tergelincir kau. Nasib ada makteh Irfan yang baik hati ni pegang Irfan. Kalau tak ber-shufle Irfan dekat situ. Muahaha! First destination tempat makan! Harus/wajib sebab tengah lapar. Urghh! Irfan ajak pergi mamak --' Nak pergi makan mc'd *benda normal* dekat dalam TS. Hmm hmm hmm cuba teka? Ramai orang! Buat keputusan bijak jalan kaki pergi Sg. Wang semata-mata nak makan mc'd. Ak alah ak alah! haha kecoh je kan. Jadi ku turutkan sajaaa....
Muka bahagia Irdina dengan Irfan dapat makan. Noni tengah jeling cowok ganteng? Eh.
Adik aku, Shahratul a.k.a Maksu. Konon je tu.
Noni dan Irdina. Anak saudara cecomel :)
Muka tak semenggah. Irdina punya kerja --' Hi I'm their Makteh.

Lepas dah makan-makan pergi quicksilver dekat Pavilion. Si Irfan yang ajak. Ingatkan nak cari baju ke apa. Rupanya, nak beli earphone. Oh telinga nak pakai. Earphone harga nak terbeliak mata. Haih budak sorang ni lain sangat perangainya. Tak menahan pergi jalan kaki jauh-jauh semata-mata nak beli earphone tu. A'ah tak mengapa untuk anak saudara kesayangan punya pasal T__T kami orang jalan balik ke tempat asal, TS. Bila fikir balik berapa ribu juta langkah yang aku ambil. Semua demi anak-anak saudara. Me as their Makteh bawak pergi main bowling. Luang masa dekat sana. Yang mainnya Shahratul, Irfan dengan Irdina je. Me and Noni were not interested! haha alasan.
Fatin Roslan with Shahratul Roslan.
Nur terlebih. He'eh posing dulu kan :D
Ini nama dia Irfan Annoying. Haha.
Noni with her Maksu and Makteh :)
Kecil-kecil si comel. Bakal pemain bowling negara.
Hero kami orang hari ni. Hihihihi.
Orang sibuk jatuhkan pin, aku sibuk tekan keypad phone. Ohooo.
Noni lagi sibuk dengan karangan dia. Ciri-ciri pelajar PMR cemerlang! 
Duo yang amat angkuh. Konon boleh strike.
Blurring --' We were having fun!
Again. Yeayyyy! :D
Barangkali Irfan dapat nur. Kahkahkah! Joke*
MUKAHAMPA.JPG

Selesai semua, melangkah keluar dengan hilai tawa :D Tengok roller coaster kejap, jalan-jalan lagi tengok baju. Me and Noni bought one blouse for each other. Harga murah mana tak nya. Irfan dengan Irdina pergi Pavilion balik sebab nak tukar earphone tu. Weh penat kot -____- Aktif betul lah budak-budak ni. Me, Shahratul & Noni tunggu dekat TS je. Lepak kejap dekat KFC. Syok aku beratur panjang nak beli makanan. Syok habis ni! Dah bayar take away makanan, eh Irfan dengan Irdina dah ada. Marathon agaknya.  Jadi, berjalan lah pulang kami orang. Irfan dengan Irdina balik naik train. Aku, Shahratul & Noni naik bas terus sampai rumah. Tapi Irfan degil. Nak jalan dengan kami orang juga. Nampak muka dia berubah. Alahai sedih lah tu sebab kena balik asing-asing. At last berpisah dekat simpang. Kami orang ke kiri, dorang ke kanan. Peluk cium tangan dulu. Ahak tipu! Cium tangan je. Ehem sandang pangkat makcik pula :D okay last detination, home sweet home. Dalam bas sardin! Sardin pun masih ada ruang rongga nak bernafas. Phew bau-bauan HARUM lagi. Menusuk kalbu ni. Bermula lah episod berada di oversea tadi. Kejap lagu hindustan kejap lagu seberang. Rasa macam drama pula. Pakcik bas sibuk borak-borak sambil drift. Dengan siapa entah dia borak. Cermin agaknya. Cuba fokus je bawak bas tu. Dah lah kami orang ni terhuyung-hayang dalam bas tu. Kalau dada ni bocor, jantung bergolek keluar dah -.- Tambah pula dengan orang tua gatal! Heh tak sedar diri. Iman ni masih kuat tahu. Kalau tak hasil carutan menembusi lubang telinga tu. Emosi ni ha! Okay dah dah. Rasa macam dah cukup 360 patah perkataan ni. Kaki pun hmm sakit :\ Terima kasih anak-anak saudara ku tercinto. Byebye bloggerian!


4 comments:

tyra hairom said...

hey macik muda yang comel bersama anak sedara nya yang kiut miut gituww :)

FatinRoslan. said...

Hi 'akak'cecomel. Muehehe! terima kasih ye singgah baca :p

tyra hairom said...

i'm a stalker, beware ! muahhahhahaha *gelak comel* :P

FatinRoslan. said...

Stalker cecomel, takde ape yg perlu ditakuti. Muehehehe :D