thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Monday, January 2, 2012

Anak dan mak.

Assalamualaikum,
Kemas kemas sambil dengar The Day You Went Away lagu M2M tu. Halamak sadis gila ni. Betul sadis :\ Tadi kemas baju, barang-barang masuk beg. Lipat baju sambil mak tengok. Dalam hati chill lah chill lah. Dengar mp3 lagu konon nak pecah gegendang telinga tapi hakikatnya hati berlagu pilu. Puas lipat baju yang berlambak, kumpul kasut dalam kotak. Mak pun cakap, tinggal lah satu kasut tu. Hai mak berkenan kasut aku. ANEH -,- Aku pun tinggalkan lah. Mana tahu kot rindu mak aku buka almari kasut, tadaaaa nampak kasut aku. Mak ini pesanan ringkas untuk mak, JANGAN BAGI ACA PAKAI KASUT TU. Okay aca karang kau online mesti kau baca. Ini AMARAN. Lepas tu tadi makan malam dengan mak dengan aca. Hmm malam terakhir makan dengan dorang. Lepas ni makan hadap muka budak bilik. Mana nak feel, k joke. Mak, doakan pemergian anak mu ini. Anak mu yang mahu meneruskan perjuangan menuju masa depan yang gemilang. Anak mu yang bakal menempuhi hari-hari yang penuh liku, penuh dugaan. Doakan semoga anak mu ini dikuatkan semangat dan tabah dalam apa jua keadaan. Tak lupa, semoga anak mu ini terlepas dari sebarang kecelakaan yang tidak diingini, Amin. 
Tadi makan aku tambah dua kali. Saja nak tebalkan lemak. Selera lain macam ni, macam dah berkurun tak makan he'eh -,- Biasa lah, air tangan mak memang sedap belaka. Macam mak korang juga kan. Sayang mak :* Makan punya makan, mak tak habis sebab kenyang. Tahu tak aku makan dalam pinggan mak pula. Mak tengok je anak dara dia yang akan berkahwin tak lama lagi ni. InsyaAllah kalau jodoh cepat. Sebak didada muncul, bermula lah proses air mata yang berkumpul di mata. Aisehhhmen ni yang lemah ni :\ Mak tunggu je aku habis makan dalam pinggan tu. Lepas licin pinggan tu aku jilat, yekkk disgusting grooarr -..- Actually tak ada lah aku buat macam tu, masih waras harap maklum. Bila mak tengok aku dah habis kunyah, mak tanya dah habis ? Mula sebak berganda. Mak layan aku serupa masa kecil-kecil. Ahh rindu sungguh lah. Mak jangan cenggini, hati anak mak ni rapuh. Nangis karang T___T, banjir lah rumah kita. Cukup lah berapa tahun yang lepas rumah kita dilanda bah. Hmm lagi satu masa malam tadi. Aku lupa nak pakai selimut masa tidur, tiba-tiba bangun pagi eh ada selimut. Mana datang ni, tanya aca dia cakap entah. Tanya mak, a'ah mak yang bagi selimut tu. Alahai syahdu weh aku. Aku tak boleh teruskan lagi. Okay bye.

Emak, emak... engkaulah ratu hati kuuuuuu.
#lagu blog nak sedih. Bagi feel sikit.



No comments: