thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Sunday, February 12, 2012

:\

Hari ni 12 Februari maksudnya dah 8 tahun abah pergi tinggalkan akak :\ Abah, akak rindu sangat dekat abah. Bila tiba tarikh ni, terbayang-bayang apa yang jadi. Akak tahu bila akak rindu abah, abah ada dekat dengan akak, dekat dalam hati akak. Hmm. Akak selalu ingat macam mana rupa abah, Ya Allah sedihnya akak bila terpandang gambar abah tengah senyum :'( Rasa macam baru semalam abah tinggalkan akak. Akak tak kan pernah lupa setiap patah kata yang abah cakap dekat akak. Kadang-kadang akak rasa tak adil. Kalau lah akak sedar saat-saat terakhir abah dengan akak, takkan sekali pun akak jauh dengan abah. Tak tahu kenapa akak yang kena alami semua ni. Akak tak cukup kuat abah. Walaupun akak cuba, tapi bila tiba masa akak mengalah. Akak takkan salahkan takdir, Allah lebih menyayangi abah. Dia hanya pinjamkan abah dekat akak selama 11 tahun akak hidup. 11 tahun yang tak tahu apa-apa, masih mentah dan kena lalui semua ni secara tiba-tiba. Abah, semoga abah tenang dan bahagia dekat sana. Doa akak sentiasa mengiringi abah. Abah sentiasa dalam ingatan akak, abah adalah segalanya bagi akak. Ya Allah, sampaikan rindu seorang anak ini kepada ayahnya :\ Abah, datanglah dalam mimpi akak supaya akak dapat lepaskan segala rasa rindu ni. Tak tertanggung rasanya :( Al-fatihah...

2 comments:

tyra hairom said...

FR be strong ! always sedekah al-fatihah and doa, semoga roh abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. sabarlah. dugaan yang hebat utk org yg kuat.

NurulFatinSyahirah said...

Thanks tyra :')
InsyaAllah I will always be strong. hmm.