thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Thursday, March 15, 2012

Emosi.

Assalamualaikum,
Sebenarnya tak tahu apa perasaan sekarang. Rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada. Bila fikir-fikir balik selagi tak ada apa-apa tak boleh lah nak halang apa benda semua kan. Hah kenapa lah bila marah tak boleh fikir sewaras macam ni. 
Manusia adalah pelakon terhebat di dunia. Mulut manusia boleh cakap macam-macam tapi hati hanya DIA yang tahu. Bila dah tak sayang cakap sayang dan sebaliknya. Bila mulut kata benci tapi hati masih mengharap. Lumrah.. hmm. Keinginan manusia pun tak boleh dipuaskan. Ada yang memiliki semuanya, tapi tak reti menjaga. Bila hilang baru terhegeh-hegeh nak cari. Kenapalah. 
Perasaan benci takkan ada kalau seseorang tu tak melakukan perkara yang menyakitkan. Kenapa rasa tu kena muncul semula sedangkan susah payah berusaha melupakan. Bagi mereka yang punya hati rapuh, sekali benda tu berulang, sakitnya makin berganda. Mungkin kepercayaan juga hilang. Kadang-kadang tertanya-tanya kenapa kena hadapi semua ni ? Kenapa ? Jawapan yang pasti, kerana DIA sedang menguji. Menguji tahap kesabaran, keimanan yang ada dalam diri manusia yang penuh kejahilan. Manusia juga harus percaya, DIA takkan turunkan beban yang tak boleh digalas oleh hambanya. Dan manusia juga harus percaya, jika DIA mengambil sesuatu perkara daripada kita mungkin kerana DIA akan mengurniakan perkara yang lagi baik tanpa kita sedari. Dan untuk manusia seperti aku, sejujurnya aku penat dengan kehidupan yang dikelilingi manusia yang penuh drama, tipu helah. Memang aku tahu, menipu ada kebaikan dan keburukannya. Masing-masing ada sebab tersendiri. Tapi bila kebenaran muncul dengan sendirinya, macam mana kepercayaan tu nak dikekalkan ? Makin lama, aku tak dapat nak tafsirkan perasaan aku sekarang. Maaf.
Hanya senyuman yang mampu menutup segala rasa yang ada.


4 comments:

mmz said...

bnyk kn sbr..minta petunjuk kat DIA ok. insyaAllah everythng will be ok.

NurulFatinSyahirah said...

InsyaAllah. thanks maz. and right now I feel more better :)

mmz said...

GUD! jgn sdey, tak comei meyh. =)

NurulFatinSyahirah said...

haha okay Maz. Thankyou :')