thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Thursday, May 31, 2012

Disebalik FR.

Assalammualaikum, hari ni nak memperkenalkan diri sikit. Nampak tak tahap bosan aku macam mana? Kalau profile diri mesti gambar atas lepas tu details bawah kan. Ni untuk pengetahuan umum je. Yang pasti orang yang dah kenal aku pun belum tentu kenal aku. Eh --' K let me introduce myself,
Hitam putih nampak old skool sikit kan. haha.

Nama panjang Nurul Fatin Syahirah Bt Roslan. Tak ramai orang tahu nama penuh aku. Waktu sekolah dulu biasalah nama ni. Tapi bila naik alam remaja dekat kolej, majoriti tak tahu pun. Kalau roomates sendiri pun salah susunan letak nama aku ini kan pula orang lain. Ada tu akhir sem satu baru dorang tahu nama aku. Tak lah sedih mana :\ Aneh sangat muka dorang. Mungkin dorang lebih kenal dengan nama Fatin Roslan. Sebenarnya dari sekolah lagi. Yelah tengok pula berapa puluh juta ribu nama fatin dekat dunia ni. So nak lebih cam panggil sekali nama ayah. Kan? Fatin Roslan tu dah sebati sangat dengan diri ni sekarang. Mana-mana pun guna nama tu juga. Ringkas dan padat. Gitu kau :D Tapi entah kenapa ia jadi lebih ringkas, FR. Melekat sampai ke hari ni. Tak tahu siapa yang mulakan dulu. Ni semua terjadi since masuk kolej lah. Memandai je kau orang kan. But I like it. At the same time, jadi macam trademark bukan? Nice.

Lahir tanggal 11 Januari 1993 sebagai anak perempuan sulung yang amat disayangi. Bukan nak perasan, tapi tu lah hakikat dia. Berdasarkan bukti yang mak aku cerita. Anak perempuan sulung tau bukan anak sulung. Kalau tengok tarikh lahir tu, banyak nombor 1 kena hafal. Lagi-lagi nombor ic kalau rapat. Cenggini ha 93011110... Takut salah, banyak kali perhatikan betul-betul. Atas aku tiga orang abang. Imagine lah kehidupan aku dengan ramai abang *bunyi cengkerik* 

Aku dilahirkan dengan rupa yang comel macam mixed cina. Aha perasan lagi. Tapi ni serius lah! Jangan mempertikaikan aku. Lihatlah gambar-gambar aku waktu kecil. Aduhai comel gila! Haha. Aku pun tak sangka tu aku. Alhamdulillah. So ramailah nak mendekatkan diri dengan aku. Hihihi. Waktu sekolah orang tak terfikir nak tanya aku ni asal mana. Barangkali waktu sekolah lasak, hitam sikit sebab main masa matahari terpacak. Tapi bila besar sekarang ni, rupa tu lebih jelas sikit dengan mata sepet aku. Aku tak rasa sepet tapi orang lain sibuk kata mata sepet muka cina. Puas aku menafikannya. Pernah masa nak keluarkan duit dekat bank area kolej, sorang budak ni course CS kalau tak silap. Dia tanya," kau asal mana? muka kau macam orang cina lah" aku senyum kambing. Dekat kedai nasi lemak aku selalu lepak pun, abang tu pernah soal aku "awak asal mana Fatin. ada mixed ke?" Agaknya aku ni pakai tudung sarung masa tu, so macam mualaf. Roomates semua bahan. Tapi aku bersyukur. Rupanya belah Mak, family arwah atuk ada darah cina sikit. Conclusion dia, termengalir sikit dekat aku :D

FR yang sebenar sangat mudah mengalirkan air mata. Luaran memang diakui agak kasar. Hanya orang yang tertentu tahu macam mana aku. Selain tu sangat manja dalam keluarga. Tapi tu dulu. Sekarang, lebih pendiam dan suka pendam. Tu semua terjadi bila umur aku 11 tahun. Apa perasaan kau orang kalau kehilangan orang tersayang? Sedih bukan. Itulah yang aku alami. Umur yang terlalu muda, aku hilang sayap kanan aku iaitu abah. Abah orang yang paling dan amat memanjakan aku. Setiap kenangan aku dengan abah, sikit pun tak pernah pudar. Yang paling tak boleh lupa, bila saat akhir abah dekat dunia ni, aku jadi orang yang terakhir tengok abah dalam keadaan yang kaku. Hanya 11 tahun, tak mengerti apa-apa. Waktu mula, aku tak rasa kehilangan. Tapi bila hari berganti hari, mula kosong. Aku mula menangisi pemergian abah. Aku mula fikir kenapa aku yang tak dapat bersama abah waktu akhir. Sedangkan abah dan aku tak pernah berenggang. Ya Allah bermain-main setiap detik aku bersama abah. Sehingga sekarang dah 8 tahun lebih abah pergi. Sejak tu aku jadi perahsia, dan tu juga membuatkan aku lebih berfikiran matang. Boleh dikatakan aku mewarisi sikap abah. Hmm Al-fatihah.

Siapa yang tak kenal aku, kerap kali akan cakap aku ni sombong. Entah, mungkin sebab aku lebih banyak diam bila dengan orang yang baru aku kenal. Aku tak tahu nak mula kan perbualan. Dan orang akan cakap macam-macam pasal aku. Tapi aku tak kisah, mulut orang mana boleh tutup. Mohon kenal aku dulu dan tahu perangai aku. Kau orang akan tahu siapa FR yang sebetulnya. Yang sebenar-benarnya aku mudah ketawa. Tak kira lah benda tu pasal apa pun. Orang kenal aku juga dengan gelak ketawa. Gelak ketawa aku ni hodoh sikit. Haha! Aku pernah semput akibat gelak tak henti-henti. Waktu sekolah dulu, Naim dengan Zainal jadi bahan aku ketawa. Waktu kolej ni, Bff lah si Ali dengan Haikal. Tak lupa GNL sekali 

Bila tengok penerangan aku dekat atas, mesti kau orang fikir lelaki je semua. Mana perempuan? Well aku bukan tak suka kawan perempuan. Kawan perempuan aku ramai, tapi lebih selesa dengan lelaki. Sebab aku ni kasar. Lagipun tak payah pening kepala nak jaga hati dorang. Dorang bahan aku, aku bahan dorang balik. Lepas tu dah tak ada simpan dalam hati. Barangkali juga, sebab persekitaran aku. Yelah, atas aku abang-abang. So thats the reason maybe. Dan kawan-kawan lelaki aku ni jenis yang menjaga kawan perempuan mereka. Tapi setiap pergaulan kami orang ada batasnya. Demi menjaga hati sidia. Terima kasih sebab terima aku sekasarnya. Aha! Aku bersyukur dengan kehidupan aku.


Sekarang penulisan aku terbantut. Dengar si Adik ni menyanyi. Rasanya ni dulu kot. 
Nak kenal lebih mendalam just say hello! Bye :*




4 comments:

#Tiramisu said...

hello FR ! :D

FatinRoslan. said...

Hello Tyra! haha pantasnya :D

#Tiramisu said...

stalker yaww, haha :P

FatinRoslan. said...

wuuu nnt amek award ye. haha :'D