thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Friday, June 8, 2012

Malam jumaat.

Assalammualaikum,

Amboi tajuk bukan main lagi. Yelah khamis memang sinonim dengan malam jumaat. Lagipun kita update ni dah malam. Hehe! Hari ni aktiviti kita outing je. Pagi keluar dengan buah hati. Dalam pukul 10 lebih macam tu dah keluar tunggu bas. Lepas tu turun maluri naik tren tunggu dekat hang tuah. Ingat nak pergi masjid jamek sebab tu plan dengan Faiz tunggu dekat hang tuah je. Tunggu dia datang naik monorel. At last tak jadi sebab dah lewat sangat. Lagipun nak beli tudung je. So kita tunggu dekat TS. Sementara tu jalan lah sensorang. Gila macam tak ada hala tuju. Tak seronok juga jalan sensorang ni. Singgah kedai beli tudung. Dah selesai tujuan sebenar. Then Faiz still on the way. Haih penat kot tunggu. Duduk dekat kerusi sensorang lagi. Moment paling hangin bila tiba-tiba kena senggugut. Ya Allah masa tu tak tahu nak gambarkan macam mana sakitnya. Tertunduk dekat kerusi tu. Faiz still tak sampai lagi. Hmm nak menangis pun ada. Terpaksa tahan. Sekali Faiz call, mula-mula dia cakap tunggu monorel. Tiba-tiba dah sampai. Eh Faiz ni main-main pula. Kami orang still duduk dekat kerusi yang sama sebab kita tak dapat tahan sakit tu. Kaki semua lenguh. Gagah kan juga lah jalan. Kami orang plan tengok madagascar. Lepas tu singgah beli milo panas. Baru teringat pasal panadol menstrual tu. Bagitahu Faiz, then kami orang turun dekat food court. Faiz suruh kita duduk, dia pergi belikan. Hmm kesian Faiz asyik layan karenah kita. Satu-satu tempat dia pergi nak bagi apa yang kita nak. Maafkan kita Faiz. Dah lega sikit baru gerak pergi masuk tengok wayang. Madagascar 3 was awesome! Gelak-gelak tengok. Tapi tu waktu mulanya. Dah sampai ke tengah we had a conversation. About us. A little bit misunderstanding. But after that, we were back to normal :) Again, I'm so sorry Faiz. Dah habis movie, pergi makan pula. Masa ni lah malu yang teramat. Faiz asyik tenung lepas tu senyum-senyum. Kurang hasam, sengaja nak bagi orang malu! Time nak beli makanan ni, aduhai. Kita nak Faiz teman, tapi kita tak cakap. Dah duduk baru cakap. Faiz tanya tu pun nak malu ke. Habis kena gelak dengan dia. Heh --' Faiz membebel sebab kita kurang makan sekarang. Entah kita pun tak tahu kenapa. Dah habis makan, gerak keluar pergi uniqlo. Faiz nak beli baju. Alahai sweet Faiz suruh kita pilihkan warna, siap tolong ukurkan dekat badan dia lagi. First choice warna pink, then hijau and biru. At last Faiz took the green one. Sebab tak ada warna hijau lagi. Faiz masuk fitting room konon nak suruh kita tengok. Puas tunggu dekat luar tapi tak bukak pintu juga. Rupanya dia pakai sendiri je. Di keluar dari room tu boleh tanya kenapa tak ketuk. Eh'eh Faiz ni! So Faiz decide dan beli. Jalan-jalan masuk sg. wang terus pergi TS balik. Singgah beli cupcakes. Hehe. Dalam pukul 5 lebih kami orang berpisah dekat Imbi. Faiz naik monorel, kita baik bas. Hmm sebak juga. Sebab tak dapat luang banyak masa. Tapi Faiz, kita gembira dengan awak hari ni. Walaupun mood kita kejap-kejap berubah. Terima kasih untuk segalanya. It's okay, cuti pun dah tak lama. Nanti kita jumpa lag. Iloveyou :*

No comments: