thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Friday, June 8, 2012

Weeding day #1

Assalamualaikum,
Salam Jumaat yang mulia. Tanggal 8 Jun 2012 selamat lah Along Najib jadi suami orang. Alhamdulillah. Tadi tak ikut pun pergi akad nikah. Tinggal dekat rumah maksu, tolong jaga rumah dengan adik, Noni and cousin Nabila. Yang lain semua ikut rombongan. Sebelum tu we had a lunch together. Meriah bila ramai-ramai anak-anak sedara datang. Lepas tu tengok kakngah buat bakul hantaran kejap. Then yang anak-anak dara including me ikat tuala dan reben duit. Seronok pula buat semua tu. Guna kretiviti. Kakak Nurul asyik buat lawak. Heh adik pengantin ni :D Settle semua, duduk lah bergosip sakan. Sekali anak sedara si Izas ni pun datang. Bukan main lasak. Ya Allah! Suka sangat duduk atas riba. Yang tak tahannya, suka ambil phone orang. Heh budak ni --' Penat melayan dia je.
Ni Izas. Si budak banyak mulut dan lasak!

Lepas tu mak, makcik-makcik, kakak-kakak sedara semua siap-siap nak pergi majlis akad nikah. Yang kelakar tengok Along Najib ni. Nervous habis. Berpeluh je. Sempat practice dengan paklang nak akad nikah.  Lepas tu kehulu kehilir. Hehe kali pertama kan along. Sabar je lah.
Pengantin yang tak reti duduk diam. Lagi berapa jam nak nikah pun buat kerja itu ini.

Around 4 o'clock dorang berangkat. Fuhh lagi berdebar Along Najib. hehe. Kami orang yang tinggal ni just wish good luck! Hehe. Duduk rumah memang amat bosan. Rasa rugi pula tak ikut. Tak tahu keadaan, mana tahu ada benda kelakar ke. And yes exactly, ada benda jadi. Masa terima nikah, Along Najib tersebut 3 ringgit tunai. Haha takkan mas kahwin 3 ringgit? terkejut semua orang :D Dua kali lafaz baru sah. Hmm selamat Along Najib dengan Kak Nurul. Tahniah. Esok majlis sebelah pihak perempuan. Hee :D Sebelum tu ada snap picture dengan geng gosip twitter.
Adik dengan Noni. Gambar dengan Noni kabur :\ Taknak upload.

Rasanya sampai sini je dulu. Eh result dah keluar. Alhamdulillah, tercapai target. 
Naik agak mendadak. Terima kasih Ya Allah :)




No comments: