thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Saturday, July 7, 2012

First week in semester 3.

Assalamualaikum bloggerians.

Hi, I'm back! Selepas lebih kurang seminggu tak ada feel nak update blog. Almaklumlah, busy dengan kelas, sebagai suri rumah lagi. Muehehe. Cop jangan pandang ku sebelah mata. Dekat rumah cempaka buat masa ni aku lah chef selebriti. Tun tang tun tang bunyi kuali aku buat. Nanti jiran semua mesti berfikiran positif terhadap kitorang. Oh anak dara ni pandai masak rupanya. Boleh buat menantu ni. Hihihi. Kekonon lah! 
First pasal rumah, semuanya okay. Housemates kautim. Paling seronok rumah tingkat paling atas. Sliding door tak pernah tutup sebab kami orang lebih gemar angin malam masuk. Sejukkkk! Malam-malam lepak dekat koridor rumah sambil nikmati pemandangan malam, dengan nyalaan lampu. Ini lah kelebihan duduk rumah tinggi. Cerita pasal jiran! Hah excited we olls. Ada salah satu barisan rumah berhadapan rumah kitorang ada guys duduk. Pernah naik lift sesama, keadaan sunyi sepi. Cover ayu hoi! Padahal nak gelak berdekah. Tiba-tiba lift stop tingkat 10. Turn kitorang keluar lah. Salah sorang daripada guys ni macam tercengang bila dah sampai tingkat 10. Dalam otak bijak kitorang terfikir, salah tingkat ke apa. Then dorang pun keluar jugak. Dorang jalan depan, kitorang jalan belakang. Sekali oh jirannnn! Lari masuk rumah gelak basau. Semalam baru tahu dorang budak kptm juga. Indahnya dunia. 
*JOKE JOKE, BOLEH KENA LESING DENGAN FAIZ. 
First week masuk kelas, alhamdulillah. Aku tak menangis macam sem dua dulu. Lagipun jodoh dengan BFF masih kuat. Suka hati cenggini! Mula-mula dapat kelas dengan Ali je. Haikal tertinggal ke kelas lain. So kitorang decide jumpa Madam Azwana nak tukar kelas. Macam-macam alasan kitorang bagi. Dan lega Madam bagi tukar :D Lagipun kelas sebelum ni ada kelas malam. Kelas baru tak ada. Paling-paling pun balik pukul 7. Tak tahu lah kalau ada rombakan ke lepas ni. Dalam kelas pun ada gang baru. Harap-harap kitorang akan ngam sampai habis semester. InsyaAllah. 
Semester tiga ni juga, dapat ramai kawan. Dekat kolej je bila terserempak, say hi. Bertuah diri ini. Hehe. Baguskan dapat ramai kawan, meluaskan pandangan. Masa first day pun, dapat breakfast dengan kawan baru. Filz budak HR. Memang awkward. Haha. Nevermind, me still malu. Next week confirm kelas dah start sepenuhnya. So get ready nak terima segala ilmu. Aku ni dah tentu-tentu otak blur lagi, loading loading. Mohon semuanya akan dipermudahkan. Amin :) Got to go lah, nak makan. Bye, have a nice saturday bloggerians. Spread love.

No comments: