thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Tuesday, July 10, 2012

One year.

Assalamualaikum,
10 Julai 2012, genap setahun hubungan kami. Alhamdulillah Terima kasih Ya Allah. Masih mengizinkan kami berkongsi perasaan. Memang, terlalu banyak pahit dan manis yang kami rasa. Terlalu banyak dugaan yang boleh menggoyahkan hati kami. Tapi perasaan yang kami rasa masih kuat. Kami cuba melengkapi antara satu sama lain. Kami cuba kuat untuk lalui hari-hari yang mendatang.

Muhammad Nur Faizudin, terima kasih masih punya perasaan yang sama seperti dulu. Walaupun banyak yang berlaku antara kita. Saya cuba untuk lebih memahami awak, memahami kita. Setiap apa yang terjadi, kita jadikan pengajaran. Kadang-kadang saya mengaku, susah nak kawal perasaan marah mahupun sedih. Dan akhirnya akan menyusahkan awak. Saya takkan berjanji, tapi saya cuba. Cuba untuk terus membahagiakan kita selagi jodoh berpihak kepada kita. Mohon awak terus berada di samping saya jika saya jatuh. Mohon awak takkan jemu memberikan senyuman penguat semangat saya. Mohon awak akan terus menjaga dan menyayangi saya. Dan mohon kita sama-sama jaga rasa cinta kita. 

SELAMAT ULANGTAHUN PERHUBUNGAN KITA YANG PERTAMA :')

No comments: