thanks for being a part of me ,
love by theownerofthisblog

Saturday, December 3, 2011

Just For Fun

Tadi tengok dekat list update blog. Blog KakLong update pasal tarikh lahir. Blogwalking lah kejap kan dekat blog dia dengan link yang dia bagi tu. So ni result kita, hehehe.

Kalau anda di lahirkan pada 2, 11, 20, 29 haribulan
dalam mana-mana bulan, 
anda adalah nombor 2.

# kita lahir 11 haribulan :D

Nombor 2.
Tak kira apa pun anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan dalam hidup anda. Anda adalan orang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Ghandi kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan Ideal anda adalah nombor 2, 5 , 9.

Lets check for my Faiz :D
Kalau anda dilahirkan pada 9,18,27 haribulan
dalam mana-mana bulan
anda adalah nombor 9.

# Faiz lahir 18 haribulan.

Nombor 9.
Anda seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah orang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa. Tapi apabila usia semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi  bidang kejuruteraan da perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.

Nampak tak nombor 9 yang kita highlight tu. hehe So Faiz tergolong dalam pasangan ideal kita lah :D
Tapi ingat it just for fun, Jodoh dah ditentukan okay. For more info tekan sini. Enjoy !



No comments: